Wednesday 30 November 2016

Bye SPM !

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad

Alhamdulillah,finally ! BD137A____ melapor diri untuk menamatkan SPM.
Bukan senang nak tempuh 22 paper. Kdrama yang kakak aku nonton setiap
'malam exam' kat laptop dia tu macam menggoda aku untuk tak study. :3
Paling tak sangka ALLAH kurniakan nikmat kesihatan sepanjang 22 paper
tu. Kalau ikutkan exam-exam lepas tak pernah lah aku tak demam. Kali ni,
sel memori aku macam kuat nak nyah semua ancaman penyakit. Ayat tak
nak kalah :3 Tapi habis je paper Chemist semalam and balik rumah badan dah
hangat-hangat. Untill now! Sakit tekak,selsema. Takpelah ujian untuk aku
bertabah cari kerja lepas ni.

Lepas ni dah tak sekolah ! Like seriously? Dah takde nak pakai baju PRS and
pergi kat pagar sekolah setiap pagi untuk great cikgu and budak sekolah juga.
Dah takde dah nak naik motor pergi sekolah. Dah takde dah nak usha crush!
Padahal crush aku dah lama pindah sekolah tanpa aku sempat confess kat dia.
Eh, Hahaha takde niat pun nak confess-confess ni haha. Takde perasaan betul.
Dah takde dah balik sampai kul 5 or 6 just for extra class, Hope semuanya
berbaloi! :(

                         Image result for animated gif sad face



                             













InshaALLAH, sekarang ni struggle nak dapatkan kerja. Bukan senang weih. :(
Hari tu, belum sempat habis paper lagi aku dengan member dah pi tanya2
kerja. Baru first time cari and dah kecewa, Baru faham feel bila orang cakap,

          "Kerja kat sini dah full."kata akak Pustaka Rakyat.

Aku memang target kedai buku yang ADA NOVEL untuk aku curi-curi baca
setiap sinopsis actually. Tak ok ke niat aku tu ? Hahahahah. Target hari ni nak
cari kerja lagi. Doakanlah segalanya dipermudahkan. Aku sebenarnya rindu kat
blog ni that's why bukan main panjang luah perasaan. :D Okeylah till then,
assalammualaikum.



1 comment:

  1. Mungkin akak tu dah tau dah niat awak ni, tu yang dia taknak bagi awak kerja kat situ kot hehehehe

    ReplyDelete

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)