Wednesday 3 December 2014

Hampir Terlanggar Proton Saga

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar
Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.



Pukul 11 pagi tadi selepas balik daripada kelas Al Quran, aku pergi kedai yang agak jauh daripada rumah. Aku pergi dengan adik lelaki aku, Faris. Kami naik basikal ja. Biasalah, anak - anak yang rajin menolong mak. *Padahal takde transport lain.*

Okey, sampai saja kat 'jambatan batu' yang agak berbukit, aku dengan gembiranya mengayuh basikal. Time tu aku and adik aku tak sehaluan. Dia guna jalan lain and tengok - tengok dah sampai kedai.
Aku tak sempat nak kawal basikal aku. Hal ini disebabkan oleh brek basikal yang aku tunggang ni rosak. *rindu penanda wacana. :3*
Dengan gelabahnya, aku berhentikan basikal menggunakan selipar 'badut' aku. Ya ALLAH, dahlah dalam masa yang sama ada sebuah Proton Saga muncul depan aku. Memang sipi - sipi je nak kena badan kereta tu. Alhamdulillah ALLAH selamatkan aku. Tapak selipar 'badut' aku memang dah hauslah.

Aku sedar kat sekitar kawasan tu ada yang memerhati. Aku just senyum sorang - sorang. Malu tak terkata bertambah terkejutnya insiden tadi. Alhamdulillah pemandu kereta tu tak hon aku. Kalau dia hon, aku dah pusing balik rumah terus. *yelah..-_-*

Kat kedai tu juga aku cerita kat adik aku.
"Kau ni lain kali tunggulah orang. Alhamdulillah tak kena langgar. Kalau kena, tak tahu nak cakap apa dah..."

Adik aku hanya cakap, "Kenapa tak elak?"
Aku terfikir juga. Tapi, dalam keadaan macam tu, aku hanya mampu berhentikan basikal guna kaki je.

Kau orang pernah kena macam tu? Ceritalah sikit. Moral of the story, basikal siapa yang takde brek tu, silalah baiki dengan segera ye. AND, berhati- hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat. InshaALLAH ... :)

7 comments:

  1. Alhamdulillah! nasib baik selamat! ^^

    ReplyDelete
  2. @Mizz'strawery SmileTu lh .. Alhamdulillah..
    Fresh lgi dlm ingatan :D

    ReplyDelete
  3. kalau time naik basikal jarang berlaku insiden cmni, tpi kalau jalan kaki pernah jugaklah :p

    ReplyDelete
  4. basikal pun kena hati2 juga tau.. kita pernah juga,nak terlanggar..entah lupa la mcm mana kejadiannya..

    ReplyDelete
  5. @Mazni MunawarOh ye ke? :) Klau jln kki, sye pulak yg jrang .. hihi :p

    ReplyDelete

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh and hye.
Komen apa yang terlintas di fikiran anda.
SILA TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI CBOX.
Kalau kat sini, tak perasan sangat . Aseef jiddan :)