Thursday 23 October 2014

#6 Wordless [Ajnabi]


Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.



Mampukah aku ?

Cantiknya harga !


Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.


*P'shone ...Alamak, rindu pula cerita ni!*

Cuaca sekarang sejuk. Alhamdulillah, nikmat. Aaha! Nikmat mengeluarkan air liuq basi. Hukhuk.
Tadi, bukan main banyak lagi aku join giveaway. Mana tahu ada rezeki,
 dapatlah juga posmen hantar barang depan rumah.

Then, tengah sibuk-sibuk cuci mata kat facebook ternampaklah satu baju ni.
Ya ALLAH ..
Cantik sangat. Bagi aku lah. Tak tahu pula taste kau orang macam mana, kan?



First time aku tengok baju muslimah fashion macam tu. Nak kata aku ni ketinggalan zaman pun, wallahualam. Seriously, aku betul-betul dah fallen in love dengan baju ni.
Tercari-carilah juga manalah harga dia. Tetiba ternampak kat gambar tu juga.
Mak aihh. Pasai apa mahal sangat ? Kalau nak tutup aurat of courselah mahal,
aku tahu tu..
 Tapi, mana cukup budget.
Kalau aku cukup umur, dah lama aku pergi kerja kat mana-mana. Dapatlah tambah duit poket kan..

Tengoklah kalau aku rajin aku godek-godek lah dengan mak aku. Tapi, kasihan pula.
Dahlah harga dia mahal. So, ada sesiapa nak belanja? Hukhuk.
Doakan aku dapat kumpul duit untuk beli baju tu,eh ?
Boleh tambah koleksi baju muslimah yang sedia ada.
Tapi, tak banyak pun sebenarnya. Tengah mengumpul. Nak dikatakan hobi aku jugalah
mengumpul baju muslimah ni tapi tulah .. harganya bukannya murah.

Kalau kau orang ada keinginan nak beli, tengok- tengoklah kat fb ni.
Okeylah, aku nak share tu je.
Perasaan nak sangat yang membuak-buak. ceh. Till then, Assalammualaikum.
Semoga bertemu di hari esok. :)

Iklan : Tekan dengan ikhlas ye?








Wednesday 22 October 2014

Giveaway by Gobokita : Aksara Biru


Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.



[CLICK BANNER TO JOIN]

Due Date : 1/11/2014
Hadiah :
3x Wideshawls
1x Marsjar Ori Mini
1x Marsjar Oreo Mini
6x Manik Hijab Pin

Tuesday 21 October 2014

#5 Wordless [Penipu]


Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad



Ingatlah Nabi Muhammad SAW tidak pernah menipu walaupun dalam gurauan.
Orang yang menipu dan tidak menjaga amanah juga tergolong daripada golongan munafik.
Jadi, mari sama-sama berdoa agar dijauhkan daripada sifat suka berbohong.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari golonganku."

Monday 20 October 2014

Cara Ingin Menundukkan Pandangan



Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.

       

            Khas untuk seorang perempuan yang tak boleh tahan tengok
kalau ada lelaki 'handsome' jalan berdekatan ataupun lelaki badan ketaq-ketaq dan
khas untuk seorang lelaki yang tak boleh tahan tengok ada perempuan yang pakai baju
macam balut nangka.

Berikut adalah cara diberikan oleh para ulama untuk membebaskan diri kita daripada
penyakit 'tak reti jaga pandangan' ni.

[KALAU TULIS LELAKI MAKNANYA UNTUK PEREMPUAN JUGA,
KALAU TULIS PEREMPUAN MAKSUDNNYA UNTUK LELAKI JUGA]


Pertama
"Apabila hati korang tertarik pada seseorang yang cantik, maka kau bayangkanlah kau sedang tengok perempuan yang buruk, hitam legam, dipenuhi dengan bintik-bintik putih, matanya buta, hidungnya penyek, gigi depannya terkeluar, bibirnya tebal dan kepalanya gendul. Bila kau terbayangkan wajah seperti itu, maka kau takkan memikirkan kecantikan perempuan tersebut."





Kedua
"Cara untuk mengubati hati bila sentiasa mengingatkan lelaki itu, kau perbanyakkanlah zikir kepadaNya dan bayangkan azab di akhirat kelak. Apabila hati mula membayangkan sesuatu ke arah maksiat, bersegeralah mengambil wudhu dan menunaikan solat sunat 2 rakaat dan mintalah taubat kepadaNya serta mohonlah perlindungan daripada ALLAH SWT. Hari pertama, mungkin kau melakukan banyak solat tapi percayalah makin lama makin berkurang perasaan tu dan seterusnya perasaan itu hilang!"





Ketiga
"Kalau ada satu masa, kau rasa kau nak pakai baju cantik and bersih dan mandi sebotol minyak wangi dan bila kau berjalan kau rasa orang semua pandang kau maka cara kau ubatinya adalah pakailah pakaian yang usang dan bertampal (tidak menarik perhatian)"

Means, apa yang dikatakan ulama ini, sometimes, bila kita pakai smart-smart, kita akan perasan orang lain pandang ke arah kita. Pastu, kita mulalah bajet cantik, berlagak handsome, control macho bagai. Akhirnya hati rosak!!
Ketahuilah, kesukaran khusyu dalam solat, susah hendak menangis kerana dosa dan tiada apa-apa perasaan ketika membaca AL Quran datangnya daripada
kita tidak menjaga pandangan, ikhtilat, bercinta, bercouple...
Baca daripada sini. Semoga bermanafaat untuk aku. Dan kau.










Saturday 18 October 2014

Waiting For PT3 Result



Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Saiyidina Muhammad.

Alhamdulillah, PT3 dah habis dengan jayanya. Bagi aku batch 99 semuanya bersabar sampai ke tahap ni. Kalau tak sabar, sekejap PBS sekejap PBSMR dah lama dah berhenti sekolah. Pergi kahwin. Errrr..



Tapi, walau apapun.. PBS still belum habis lagi. So, tak boleh nak freedom sangatlah.
PBS Geo untuk band 6 on the way. Bab presentation ni, lemah betul lah.
Kalau face to face dengan cikgu je ok lah. Ni kena present depan satu kelas. Aduh.
 Nak buat lagu mana, dah adat.

Cikgu buat aktiviti lepas PT3, satu daripadanya ialah futsal tuk perempuan.
Teringin nak masuk tapi takut. Gedik sangat kalau takut terkena bola.
 Tapi, kenyataan.
Giveaway, mu tunggu aku datang. Nak dapat hadiah! Hehe. Tapi, aku nak pilih yang gempak je and jangka masa yang tak lama. Hadiah pun meletup. Ceh. InshaALLAH, kalau ada rezeki ada lah tu.