Sunday 16 February 2014

Sanah Helwah To Me !

                             
                                       

Allahumma Soli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Muhammad ..
Alhamdulillah ,hari ni dah 18 - 3 tahun hidup di bumi ALLAH ni.
Selama hidup ni, banyak cabaran dan dugaan yang datang.
Aku tahu, semua tu untuk aku kuat dan tabah.
Persoalannya , dosa atau pahala yang menduduki carta teratas dalam hidupku ?

Mengingatkan sudah 18 - 3 tahun aku hidup di bumi ALLAH ni ,
Terus aku ingatkan arwah atuk yang sudah pergi menghadap Illahi dan 'mereka' yang lain.
'Mereka' dah tenang di sana .
Sedangkan aku , masih jahil dan berusaha mencari ilmu untuk di bawa ke 'sana'.
Harapan ..Husnul Khatimah ,pengakhiranku dan kita semua ,InsyaALLAH :(

               Mak ,Ayah ,terima kasih kerana membesarkan anakmu yang mengada-ngada ni ! ^^



Saturday 15 February 2014

Dia ajak kahwin !



                                                              

Allahumma Soli Ala Saiyidina Muhammad , Wa Ala Aali Muhammad .. Laila Saedah ! :)
Nak share something sikit yang boleh mengalir air mata membacanya ..

K   : Assalammualaikum,awak.

Me :Waalaikummussalam ,ye saya.

K   : Sudi tak awak bernikah dengan saya ?

Me :SubhanaALLAH ,betul ni.Awak serious ?

K   : Ya,saya serious and saya dah siapkan hantaran dah ni.

Me :Kalau awak betul-betul serious ,nanti kita temukan mak and ayah kita sama-sama.

K   : Tapi ,saya tiada mak ayah.Tak pe.Kalau tak jumpa pun mak ayah awak tetap terima saya
        menikah dengan awak.

Me :Amboi,yakinnya dia !Okey,saya tunggu awak datang jumpa saya.

K   : Baiklah,awak tunggu ya? Kita pasti akan disatukan juga.Saya yakin sangat-sangat.

Me :Saya rasa happy sangat ni.Awak dah plan baju kita warna apa ?

K   : Dah. Warna putih. Cantik kan ?Nanti awak kena mandi dan bersihkan diri dulu bila tiba hari itu.

Me :Itu sudah pasti, takkan saya tak mandi kot ! hehe..

K   : Alhamdulillah.Awak tunggu dan siap sedia ya ?

Me :Alhamdulillah,InsyaALLAH. Eh, lupa nak tanya.. Siapa nama awak ya ?

K   : Nama saya Ajal .. Kematian.


                                   Bertemu dengan Kematian itu Pasti ! :'( Bersediakah aku?!


Saturday 1 February 2014

Kau tak laku.That's why kau tak COUPLE!


Allahumma Soli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Muhammad ..

A : Wei, kau pernah couple ?
B : Tak.
A : Kau tak laku.That's why kau tak couple.
B : Aku tak nak menghampiri zina.Senang sangat untuk ke Neraka.Tak pernah pula aku dengar orang yang couple ni dijanjikan Syurga even orang yang couple ni setia sampai hujung nyawa bagai.
A : Speechless

Siapa cakap orang yang tak couple ni,
Tak laku ?
Sebab diorang ni tak cantik, tak cun , tak lawa.
Siapa anda nak nilai diorang yang tak couple tu ?

Sometimes,
Mereka yang tak couple ni ,mahal.
Why ?
Mahal bukannya diorang letak harga tinggi,
Untuk diri mereka.
Bukan gitu.

Mereka mahal kerana mereka pandai,
Menjaga maruah yang bukan sahaja mahal,
Malah,
Tiada nilainya.

Maruah,
Mana boleh beli.
Especially for ukhti sekalian,
Maruah kita bukan Murah.

Couple,
Tak lain hanyalah kesoronakan,
Yang sementara.

After putus,
Menangis sampai bengkak mata,
Hanya kerana sebab yang tak munasabah.

Rugi.
Time couple dengan orang lain,
Then putus.
10 tahun akan datang,
Kahwin dengan orang lain.

Jodoh,
Rahsia ALLAH.
Kita tak tahu bila.
Mati,
Rahsia ALLAH jua,
Tapi,bila-bila boleh terjadi.

Bayangkan,
Kalau kita meninggal,
Kita sedang bermaksiat.
Couple ni,
Dekatkan kita pada zina.

Zina,
Zina mata dan hati.
Rindu pada si kekasih hati,

Let's change !
Set kan rindu kita,
Hanya pada yang dua,
ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.
Semoga kita semua mendapat keredhaanNya.
Allahumma Ameen..

*Kalau nak juga,suruh si kekasih hati jumpa keluarga.
  "Agak-agaklah nak kahwin waktu sekarang ni!"
*Okey,nak tanya ni .. Perlukah couple pada waktu sekarang ni?
Aseef jiddan-maaf andai melukakan hati dan perasaan anda.Just a reminder and reflection for me and you.