Sunday 19 January 2014

"Your friend,is in critical condition .."




Allahumma Soli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Muhammad ..
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh ..
Kau kata nak masuk syurga. Jom!
*Aku terkedu.
"Lar, jom la ambil wuduk. Solat. Asar dah masuk ni.Antara ciri ciri ahli syurga, mereka tak lewatkan solat tau.'
Aku tersenyum. mengatur langkah menuju ke bilik air. Kedinginan wuduk terasa membasahi muka. Alhamdulillah. Asar hari ini masih sempat aku jumpa.
Kami duduk satu bulatan.
Kawanku mengetuai pembacaan mathurat. Bismillahirahmanirahim….Sayu suaranya mengalunkan bacaan.
Malam itu kami bersetuju untuk memasak masakan yang agak istimewa memandangkan ada tetamu yang bakal bertandang.
Sambil memotong sayur, Azah bercerita. Rasulullah dulu kalau ada orang nak datang rumah baginda, baginda memang layan baik habis. Kita pun kena contohi baginda Rasulullah.
Kata nak masuk syurga. Serentak kedengaran suara kami disambut dengan deraian ketawa.
Pagi itu sebelum ke kelas masing masing kami bersalaman. Azah memeluk erat bahuku. “Jaga diri.Ingat pesan ALLAH. Ingat pesan Rasul. Umi abah. Kata nak masuk syurga. Kena jadi anak solehah”. pesannya sambil tersenyum memandangku.
Tiba-tiba keadaan bertukar menjadi sayu. Aku tengok mata Azah bergenang.
“Kenapa ni? La, habis kelas nanti kan jumpa balik” pujukku.
Azah tersenyum. Dia mula berjalan pergi dan melambai dari jauh.
Setelah beberapa langkah, dia menoleh ke arahku dan berlari memelukku. Erat. Dengan mata yang bergenang dan menahan sebak, Azah berkata,
“Ingat tau, kita masuk syurga sama sama”.
Aku tersenyum sambil mengangguk.” insyaALLAH, Azah.” kataku.
Dan dia meneruskan perjalannya ke kuliah. Aku juga.
Tengahari itu aku rasa tak sedap hati. Sebaik saja tamat kuliah ,aku bergegas pulang.
Sebaik saja tiba di rumah, telefon bimbitku berbunyi. Lantas aku angkat.
“Hello,may i speak to Miss Adilah”
“Yes, Adilah speaking.”
“Miss Adilah, please come to hospital right now. Your friend, Miss Azah is in critical condition”
Dan selepas itu semua yang ku dengar macam angin lalu.
Aku tengok Azah begitu tenat. Kata jururawat di situ, Azah dilanggar sebuah lori semasa dia dalam perjalanan ke kelas. Katanya lagi pemandu lori itu mabuk.
ALLAH. Lemah seluruh anggota badanku. Demi Azah, aku kuatkan semangat.
Aku mengajar Azah mengucap dua kalimah syahadah, dan aku dapat melihat gerakan bibirnya mengikut apa yang aku sebut.
Tepat jam 5 petang Azah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Peluh memercik di dahi Azah.
Alhamdulillah, nafasnya yang terakhir berakhir dengan kalimah suci.
Dan saat itu saya baru perasan ada mesej yg belum dibuka, dari azah pukul 10 : 00 pagi tadi ;
“Adilah, ketahuilah hidup ini hanya pinjaman. Kalau ditakdirkan saya pergi dulu,jangan pernah berputus asa dalam kehidupan. Sambunglah perjuangan yang tersisa supaya kita semua dapat masuk syurga bersama. Hidup ini tidak kekal, pada DIA kembali kita”
Tekak terasa berpasir. Dada sakit menahan sebak. apa pun yang terjadi saya kena lepaskan dia pergi. Janji Allah itu pasti.
"Azah,tunggu saya di syurga..Saya akan berusaha,untuk ke sana !"

Sebak* Berkongsi daripada sini.

Saturday 18 January 2014

"...along tak nak dibakar api neraka.."





Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Muhammad..
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh :)
Perkongsian dari kisah sahabat lain:


Cerita ini kisah benar yg diceritakan abang seguru :

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. 

Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya... Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab... dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata.
Hari ini.. semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut... tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu... Along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala akan dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepada NYA. Wallahualam.

Al Fatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Mak Su yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa Along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

" Sempurnakan aurat kita agar anggun di mata manusia tapi paling penting palingg anggun di sisi Allah SWT jua!"

Al Fatihah .Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman ! -Allahumma Ameen- *Nangis baca tadi*

Saturday 4 January 2014

Alhamdulillah .. Rezeki dari ALLAH


Allahumma Soli Alla Saiyidina Muhammad Wa Ala Aali Muhammad ..
SubhanAllah Walhamdulillah Wala Ilahailallah Allhuakbar ..

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh :) Semoga anda semua sihat dan sentiasa dirahmatiNya !
Tahun 2013 sudah melabuhkan tirainya dan 2014 datang membawa sinar baharu .. Ecece !
Actually entri kali ini nak share sikit  hadiah yang dimenangi setelah menyibukkan diri dengan GA yang
orang buat . Kalau anda semua free ,join le mana mana GA sure tak rugi ,insyaALLAH :)

Biasanya kalau Nur menang , mesti dirandom . No enrti menarik and no top refferal . Nak tahu sebab apa ?
Sebab diri ni tak rajin untuk mem'promote' tapi kalau rajin semua boleh bak kata pepatah
nak seribu daya ,tak nak seribu dalih ! Hehe ..

Berikut adalah hadiah yang dimenangi ! ^^

  November/December 2013  

1) Menang : Topup RM5 dari GA kak Yaya \ Blog : kak Yaya
    *First time join GA and then menang mesti terkejut lah kan . Alhamdulillah rezeki . Actually nak coklat
      Daim tapi peserta lain yang dapat . Never mind lah .. Rezeki kat topup , perlu bersyukur ! ^^

    


2) Menang : Bloglist dari GA Ainur \ Blog : Ainur
    *Dengar perkataan 'Bloglist' . Apa bendanya tu ? Selepas di'google' baru tahu .Alhamdulillah dapat                 disenaraikan dalam bloglist Ainur .Tapi rasanya nama blog ada hanya untuk bulan 12 je .
      InsyaALLAH ,kalau Ainur buat lagi GA untuk pencarian bloglist , akan join ! InsyaALLAH :)



3) Menang : Fridgemagnet dari GA Aini \ Blog : Aini *di sponsor oleh : Kak Dhia
    *Peserta pertama yang join GA ni . Ingatkan no.1 'sukar dirandom' tapi Alhamdulillah rezeki ! ^^



4) Menang : Dress Damia dari GA kak Azwaniza \ Blog : Kak Azwaniza *di sponsor oleh : Page ini !
    *Actually nak jubah abaya tapi rezeki dapat dress ! Cantik sangat ..Alhamdulillah ..
      Bagi kat akak .. hehehe ^^




5) Menang : Handsock jejari dari GA kak Mazni \ Blog : Kak Mazni
    *Menambah koleksi handsock yang sedia ada ! Alhamdulillah .. Time posmen hantar ,cepat2 buka and
      terus pakai . MasyaALLAH ,cantik ! ^^ Then ,ada sehelai kertas and tulisan akak Mazni yang comel .
      Akak Mazni cakap tahniah .. (Haha)




6) Menang : Topup RM5 dari GA Nabihah \ Blog : Nabihah *di sponsor oleh : Wan
    *Setiap kali topup mesti bagi mak .Rasa macam best sangat sebab dapat topup tanpa bayar .. Huhu !


7) Menang : Tasbih Digital dari GA kak Fatin \ Blog : kak Fatin *di sponsor oleh : Kak Mazlina
    *Alhamdulillah dapat tasbih digital !! Pernah dengar orang cakap tentang tasbih digital ni . Teringin
      nak beli tapi sebelum nak beli dah dapat !! *excited* Kalau anda nak beli , tekan link ye ? :)
Photo: Alhamdulillah.. rezeki dengan Tasbih Digital harini. Semoga tasbih digitak dapat digunakan sebaik mgkin untuk tambah pahala.. amin.

-mcna-
www.jomsinggah.com
www.kedaiserbanekakelantan.blogspot.com
Sms/wassap 0199517292


8) Menang : Review blog tapi tak tuntut pula .. Tak de rezeki .

9) InsyaALLAH ,kalau ada rezeki menang lagi akan di-update ..

                                                                                Syukran , Assalammualaikum 



Wednesday 1 January 2014

Aden Edcoustic Kembali ke Rahmatullah




Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh . Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Bila?
Tahun depan ? Bulan depan ? Minggu depan ? Esok ? Atau hari ini ,saat ini? ALLAHU ..

Terkejut juga dengan berita mengenai penyanyi lagu Muhasabah Cinta sudah kembali ke Rahmatullah .
Dapat tahu pun semalam dari facebook . At first,sahabat yang post status tentang berita ini.
Dan untuk mendapatkan kepastian, saya carilah kesahihannya .


Sumber-Facebook

Muhasabah Cinta memang lagu yang sangat menyenangkan dan bila kita faham bait bait liriknya sure
sentap. Mengenangkan kita ni hamba hina yang mencari Mardhotilah .. :'(
Semoga ALLAH merahmati dan mencucuri roh Allahyarham . Allahumma Ameen ..
                                                            -Al Fatihah-

                                                                Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu