Saturday 21 December 2013

Hukum Memberi Salam kepada NON MUSLIM




Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh . Sedikit perkongsian yang membawa manfaat bersama .
Dalam mencari Ilmu ALLAH ,tiada perkataan Buang Masa,Membazir Masa :)

Soalan: Apakah hukum beri salam kepada orang bukan islam? 

Jawapan :

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan ..
Selamat Menunaikan Solat Sunat Dhuha ! ^_^ Mohon perbetulkan dalam penyampaian di atas :) Assalammualaikum .. 

Friday 20 December 2013

Kelebihan Surah Al Kahfi


SubhanaAllah WalhAlhamdulillah Wa Lailahaillallah Allahuakbar !
Allaumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa Aali Saiyidina Muhammad..
Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh ..


Salam Saiyidul Ayyam !

Alhamdulillah , pagi ni cuaca cerah dan InsyaALLAH kain yang dijemur akan kering . *erk*
Berbalik kepada tajuk , Surah Al Kahfi banyak kelebihannya yang diterangkan di dalam beberapa hadis.


Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”( H.R Baihaqi)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “Sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”


Surah Al Kahfi mempunyai 110 ayat . Panjang ? Ye .. Tetapi, apa salahnya korbankan waktu untuk menambah pahala untuk dibawa ke Sana . Membacanya ,InsyaALLAH mengambil masa dalam 20 minit
tapi kalau kita cakap lama sekalipun , apalah sangat dengan kita berfb,bertwitter,berblogger,ber..dan segala
ber lah ye ? Kita nak bagi alasan berdakwah sekalipun kena juga pada tempatnya . Kadang-kadang ,
berdakwah untuk meraih 1000 like , 1000 komen tak akan ke mana . Cer tengok niat . Tajdid balik
niat kita tu .. Kita nak Redha ALLAH !


Semoga kita tergolong dari orang yang dirahmati ALLAH SWT dan berusaha mendekatkan diri padaNya !


                 Semoga bermanafaat ! Mohon perbetulkan apa yang salah . Assalammualaikum ! ^^


Monday 9 December 2013

Cara Dijauhkan Sifat Sombong






Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh ..Tadi terbaca satu artikel .. Semoga ALLAH jauhkan kita dari sifat ini . :'(

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka".

“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. “
(Al-A'raaf 146)

“Janganlah kamu berjalan dengan menyombongkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37)
“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)

Bismillah..

Dengan nama Allah maha Pengasih lagi Penyayang..

Kebiasaannya manusia yang sombong dan angkuh terdiri daripada manusia yang mempunyai kelebihan tertentyu contohnya jawatan Pengarah,berkereta mahal,memiliki banglo mewah,cantik,pandai,berpelajaran tingi dan sebagainya.

Kita jarang mendengar manusia miskin menghina manusia kaya kerna kebanyakan kisah yang berlaku adalah manusia kaya dan berharta selalu menghina manusia miskin.

Antara panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh adalah :

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Manakala Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda-tandanya iaitu:-

1. Merasa bangga melihat dirinya maju lebih daripada orang lain.

2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.

3. Bila menghadiri sesuatu majlis, minta untuk dikedepankan.

4. Jika berjalan, bersikap angkuh.

5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.

6. Tidak mengindahkan nasihat serta teguran orang lain.

7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.

8. Selalu menganggap dirinya hebat dan tidak pernah melakukan kesilapan.

9. Suka memuji-muji diri sendiri.


Bagi diri saya pula,cara menjauhkan sifat sombong dan angkuh adalah :

1. Melihat ke tanah dan berzikir melihat ke tanah dan berzikir .
Saya selalu melihat ke tanah dan memikirkan kejadian manusia berasal dari tanah.tanah dipijak berbilion manusia dan insaf bahawa semua manusia adalah sama iaitu berasal dari tanah.
Zikir yang dibaca apabila melihat tanah adalah :
“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau,, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (surah Ali-Imran: 191)

2.Mengingati sifat sombong adalah sifat Iblis.
Iblis adalah makhluk yang sombong.Saya sentiasa ingat jika saya sombong,maka taraf sama dengan Iblis.

3.Berkawan dengan pelbagai jenis manusia.
Saya tidak memilih teman,sama ada kaya atau miskin,bijak atau bodoh,jahil atau berilmu.Teman saya dari manusia bertaraf jutawan hinggalah penyapu sampah.

4.Memandang orang dan sesuatu dengan berfikiran positif.
Apabila memandang orang jahil,saya berdoa agar Allah memberikannya hidayah dalam hati.Pabila memandang kereta buruk,berdoa agar Allah memurahkan rezekinya.Pabila memandang haiwan berkeliaran di jalan raya berdoa supaya haiwan itu selamat dati mala petaka.
Apabila melihat kekurangan manusia,saya berkata dalam hati “Manusia ini lebih baik dariku,mungkin ia tahajjud setiap malam sdgkan aku seminggu sekali”.Kita selalu bisikkan kelemahan diri kita dalam hati pabila berhadapan dengan manusia yang mempunyai kekurangan dan ia berjaya menjauhkan sombong.

5.Membaca kisah manusia sombong dan kaibatnya.
Kisah Qarun contohnya adalah manusia sombong lalu Allah tenggelamkan dirinya dan harta dalam tanah.Membaca kisah manusia sombong akanmenginsafkan diri.

6.Menulis kelemahan diri.
Saya suka menulis kelemahan diri dalam kertas dan membacanya serta berfikir bahawa diri ini terlalu banyak kelemahan dan kesalahan berbanding manusia lain.

7.Melembutkan jiwa dengan zikir dan doa.
Berzikir dengan menyebut nama Allah ya Latif dan berdoa “Ya Allah lembutkan hatiku dan jauhilah kekerasan hati”.Manusia yang keras hati mudah sombong dan angkuh.

8.Menerima pendapat orang lain.
Saya suka mendengar luahan isteri dan menerima pendapat orang lain walaupun kdgkala salah.Ia bagi menghormati perasaan orang lain.

9.Menjauhi mengumpat.
Mengumpat adalah sikap yang mendedahkan kesalahan orang dan ia melupakan kesalahan sendiri.saya suka menyebut kesalahan diri sendiri dalam hati supaya dijauhkan dari sikap suka mengumpat.
Pabila isteri memulakan ‘bang..orang tu kan...”
Saya memintas “Fikirkan kesalahan diri sendiri dan umpatlah diri sendiri!”Lama-lama isteri pun faham saya tidak suka mengumpat dan tidak suka mendengar umpatan.

10.Memakai pakaian sederhana.
Saya suka memakai pakaian sederhana hingga banyak kali ditanya paspot oleh pihak polis kerana menyangka saya pekerja asing.

11.Rajin bersedekah.
Sedekah itu memberikan pahala dan menghapuskan dosa.Ramai manusia banyak dosa dan lahirlah sikap sombong.Cara menghapuskan dosa adalah dengan banyak bersedekah.

12.Banyakkan menangis ketika berdoa dan membaca Quran.
Menangis ketika doa dan membaca Quran melahirkan keinsafan bahawa diri ini banyak dosa dan berharap Allah melembutkan hati kerana hati yang keras menyebabkan manusia sombong.

13.Sentiasa belajar.
Saya sentiasa belajar dengan membaca dan bertanya orang lain.Apabila bertanya orang lain ,kita akan merasa diri kita banyak kekurangan dan berjaya menjauhi sombong.

14.Melalui perkuburan dan sedekahkan al-fatihah.
Apabila melalui perkuburan saya memberi salam dan sedekahkan fatihah kepada mereka semua walaupun tidak kenal mereka dan insaf bahawa kubur adalah destinasi nanti.

15.Menjauhi perkara yang boleh menyebabkan sombong.
Banyak perkara boleh menyebabkan manusia sombong seperti mempunyai kereta mewah dan rumah banglo besar.Saya suka sederhana sahaja dalam semua aspek.Ini bagi menjauhkan sifat sombong.

16.Fikirkan neraka.
Saya selalu fikirkan dalam hati “Manusia sombong akan ke Neraka”itulah ucapan dalam hati pabila syaitan mula menghasut untuk sombong dan angkuh.Saya mengulang-ulang ayat tersebut dalam hati dan membaca taawwuz (a’uzubillah ) serta surah an-Nas.

17.Doa menjadi manusia tawadduk(merendah diri )
saya selalu berdoa ‘ya Allah jadikan ku manusia tawadduk dan jauhilah sifat sombong.jadikanku manusia kaya yang pemurah dan jauhilah kaya yang bakhil”.


Segala kesempurnaan adalah milik Allah Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa manakala diri sendiri adalah hamba yang naif dan lemah.

Thursday 5 December 2013

Fahaminya !



                              

Assalammualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh .. :')
Dingin rasanya dikala ini .Alhamdulillah,nikmat ALLAH yang tiada bandinganNya !

Binnabil Huda ? Nasyid yang sangat menyenangkan jiwa dan menyentapkan hati . Suka nasyid ni bila
terdengarnya di TV Al Hijrah  ... 

Salah ke kalau mendengarnya dengan memahaminya sekali maknanya ? Rugi ke ? Tak kan .. Jadi jom fahami maknanya !! :)

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Copypaste dan semoga bermanafaat ! ^_^